Monday, 18 July 2016

ARTIKEL PILIHAN ATAU KESEMPATAN (WANITA)

KESEMPATAN ? ATAU PILIHAN ? 


  • Ketika kita bertemu orang yang tepat untuk dicintai, Ketika kita berada di tempat pada saat yang tepat, Itulah kesempatan.
  • Ketika kita bertemu dengan seseorang yang membuatmu tertarik, Itu bukan pilihan, itu kesempatan.
  • Bertemu dalam suatu peristiwa bukanlah pilihan, Itupun adalah kesempatan.
  • Bila kita memutuskan untuk mencintai orang tersebut, Bahkan dengan segala kekurangannya, Itu bukan kesempatan, itu adalah pilihan.
  • Ketika kita memilih bersama dengan seseorang walaupun apapun yang terjadi, Itu adalah pilihan.
  • Bahkan ketika kita menyadari bahwa masih banyak orang lain Yang lebih menarik, lebih pandai, lebih kaya daripada pasanganmu Dan tetap memilih untuk mencintainya, Itulah pilihan.
  • Perasaan cinta, simpatik, tertarik, Datang bagai kesempatan pada kita. Tetapi cinta sejati yang abadi adalah pilihan. Pilihan yang kita lakukan.
  • Kita mungkin kebetulan bertemu pasangan jiwa kita, Tetapi mencintai dan tetap bersama pasangan jiwa kita, Adalah pilihan yang harus kita lakukan.
  • Kita ada di dunia bukan untuk mencari seseorang yang sempurna untuk dicintai TETAPI untuk belajar mencintai orang yang tidak sempurna dengan cara yang sempurna.


Sumber : fwd mail
"Kesabaran adalah tunjang kekuatan dan kebahagiaan di dunia mahupun akhirat...."

MARI BERMUHASABAH DIRI YANG BAKAL DIPINANG ORANG :)

Assalamualaikum Para Sahabat Sekalian :)
selamat beribadah dan bermuhasabah diri.

PANDUAN BUAT BAKAL ISTERI UTUH MEMBINA MASJID


"Dunia ini adalah perhiasan, dan sebaik-baik perhiasan adalah wanita yang sholehah" (H. R. Muslim)
Untuk para isteri yang berhasrat menjadi penyejuk hati dan mata suaminya. Semoga Allah memelihara, membimbing dan melindungimu dalam naungan kasih sayang dan Rahmat-Nya untuk cintanya kepada? Allah SWT dan suami & anak2. Amin.
Isteri memegang peranan yang sangat penting dalam istana keluarganya. Maka ia dituntut untuk memahami peranan tersebut lalu mengaplikasikannya dalam kehidupan berkeluarga. Berikut ada beberapa petunjukt untuk mereka yang berhasrat menjadi isteri yang mendambakan keluarga bahagia. Semoga mendapat manfaat bagi kita semua. InsyaAllah.

1. Takwa kepada Allah dan menjauhi maksiat. Bila engkau ingin kesengsaraan bersarang di rumahmu dan bertunas, maka bermaksiatlah kepada Allah. Sesungguhnya kemaksiatan menghancurkan negeri dan menggoncang kerajaan. Oleh kerana itu jangan engkau goncangkan rumahmu dengan berbuat maksiat kepada Allah. Wahai hamba Allah, jagalah Allah maka Dia akan menjagamu beserta keluarga dan rumahmu.
Sesungguhnya ketaatan akan mengumpulkan hati dan mempersatukannya, sedangkan kemaksiatan akan mengoyak hati dan mencerai-beraikan keutuhannya. Kerana itulah, salah seorang wanita sholehah jika bersikap keras hati dan berpaling dari suaminya, ia berkata:"Aku mohon ampun kepada Allah.... itu terjadi kerana perbuatan tanganku (kesalahanku)...."
Maka hati-hatilah wahai saudariku muslimah dari berbuat maksiat, khususnya: Meninggalkan sholat atau mengakhirkannya atau menunaikannya dengan cara yang tidak benar. Duduk di majlis ghibah dan namimah, berbuat ria' dan sum'ah, memburuk-burukkan dan memperkecil-kecilkan orang lain.
Allah berfirman, "Wahai orang-orang yang beriman janganlah suatu kaum mengolok-olokkan kaum yang lain (kerana) boleh jadi mereka (yang diolok-olokkan) lebih baik dari mereka (yang mengolok-olokkan) dan janganlah wanita-wanita (mengolok-olokkan) wanita lain (kerana) boleh jadi wanita-wanita (yang diperolok-olokkan) lebih baik dari wanita yang mengolok-olokkan" QS. Al Hujurat: 11
Keluar menuju pasar tanpa kepentingan yang sangat mendesak dan tanpa didampingi mahram. Rasulullah bersabda: "Negeri yang paling dicintai Allah adalah masjid- masjidnya dan negeri yang paling dibenci Allah adalah pasar-pasarnya" HR. Muslim
Membiarkan suami dalam kemaksiatannya. Tabarruj (pamir kecantikan) dan sufur (membuka wajah). Membiarkan supir (pemandu) dan pembantu masuk ke dalam rumah tanpa kepentingan yang mendesak.

2. Berupaya mengenal dan memahami suami.
Hendaknya engkau berupaya memahami suamimu. Apa apa yang ia sukai, berusahalah memenuhinya dan apa-apa yang ia benci, berupayalah untuk menjauhinya dengan catatan selama tidak dalam perkara maksiat kepada Allah kerana tidak ada ketaatan kepada makhluk dalam bermaksiat kepada Al-Khalik (Allah 'Azza Wajalla).

3. Ketaatan yang nyata kepada suami dan bergaul dengan baik.
Sesungguhnya hak suami atas isterinya itu besar. Rasulullah bersabda: "Seandainya aku boleh memerintahkanku seseorang sujud kepada orang lain nescaya aku perintahkan isteri untuk sujud kepada suaminya" HR. Imam Ahmad dan Tirmidzi, dishahihkan oleh Al-Albany
Hak suami yang pertama adalah ditaati dalam perkara yang bukan maksiat kepada Allah dan baik dalam bergaul dengannya serta tidak menderhakainya. Rasulullah bersabda: " Dua golongan yang sholatnya tidak akan melepasi kepalanya, iaitu budak yang lari dari tuannya hingga ia kembali dan isteri yang derhaka kepada suaminya hingga ia kembali" HR. Thabrani dan Hakim, dishahihkan oleh Al-Albany
Ketahuilah, engkau termasuk penduduk syurga dengan izin Allah, jika engkau bertakwa kepada Allah dan taat kepada suamimu. Dengan ketaatanmu pada suami dan baiknya pergaulanmu terhadapnya, engkau akan menjdai sebaik-baik wanita (dengan izin Allah).

4. Bersikap qanaah (merasa cukup)
Kami menginginkan wanita muslimah redha dengan apa yang diberikan untuknya baik itu sedikit ataupun banyak. Maka janganlah ia menuntut di luar kesanggupan suaminya atau meminta sesuatu yang tidak perlu. Renungkanlah wahai saudariku muslimah, adabnya wanita salaf radhiallahu 'anhunna...
Salah seorang dari mereka bila suaminya hendak keluar rumah ia mewasiatkan satu wasiat kepadanya. Apakah itu? Ia berkata pada suaminya:"Hati-hatilah engkau wahai suamiku dari penghasilan yang haram, kerana kami boleh bersabar dari rasa lapar namun kami tidak boleh bersabar dari api neraka..."

5. Baik dalam mengatur urusan rumah tangga, seperti mendidik anak-anak dan tidak menyerahkannya pada pembantu, menjaga kebersihan rumah dan menatanya dengan baik dan menyiapkan makan pada waktunya. Termasuk pengaturan yang baik adalah isteri membelanjakan harta suaminya pada tempatnya (dengan baik), maka ia tidak berlebih-lebihan dalam perhiasan dan alat-alat kecantikan.

6. Baik dalam bergaul dengan keluarga suami dan kerabat-kerabatnya, khususnya dengan ibu suami sebagai orang yang paling dekat dengannya. Wajib bagimu untuk menampakkan kecintaan kepadanya, bersikap lembut, menunjukkan rasa hormat, bersabar atas kekeliruannya dan engkau melaksanakan semua perintahnya selama tidak bermaksiat kepada Allah semampumu.

7. Menyertai suami dalam perasaannya dan turut merasakan dukacita dan kesedihannya. Jika engkau ingin hidup dalam hati suamimu, maka sertailah ia dalam dukacita dan kesedihannya. Renungkanlah wahai saudariku kedudukan Ummul Mukminin, Khadijah radhiallahu 'anha, dalam hati Rasulullah walaupun ia telah meninggal dunia.. Kecintaan beliau kepada Khadijah tetap bersemi sepanjang hidup beliau, kenangan bersama Khadijah tidak terkikis oleh panjangnya masa. Bahkan terus mengenangnya dan bertutur tentang keteguhannya dalam ujian, kesulitan dan musibah yang dihadapi.
Seorangpun tidak akan lupa perkataannya yang mashur#61006; ehingga menjadikan Rasulullah merasakan ketenangan setelah tergoncang dan merasa bahagia setelah bersedih hati ketika turun wahyu pada kali pertama: " Demi Allah, Allah tidak akan menghinakanmu selamanya. Kerana sungguh engkau menyambung silaturahmi, menanggung orang lemah, membantu mereka yang tiada daya upaya dan engkau menolong setiap upaya menegakkan kebenaran". HR. Mutafaq alaihi, Bukhary dan Muslim

8. Bersyukur (berterima kasih) kepada suami atas kebaikannya dan tidak melupakan keutamaannya. Wahai isteri yang mulia! Rasa terima kasih pada suami dapat kau tunjukkan dengan senyuman manis di wajahmu yang menimbulkan kesan di hatinya, sehingga terasa ringan baginya kesulitan yang dibebani dalam pekerjaannya. Atau engkau ungkapkan dengan kata-kata cinta yang memikat yang dapat menyegarkan kembali cintamu di hatinya. Atau memaafkan kesalahan dan kekurangannya dalam menunaikan hak-hakmu dengan membandingkan lautan keutamaan dan kebaikannya kepadamu.

9. Menyimpan rahsia suami dan menutupi kekurangannya (aibnya). Isteri adalah tempat rahsia suami dan orang yang paling dekat dengannya serta paling tahu kekhususannya. Bila menyebarkan rahsia merupakan sifat yang tercela untuk dilakukan oleh siapapun, maka dari sisi isteri lebih besar dan lebih hina lagi. Saudariku, simpanlah#61005; ahsia-rahsia suamimu, tutuplah aibnya dan jangan engkau nampakkan kecuali kerana masalah yang syariat seperti mengadukan perbuatan zalim kepada Hakim atau Mufti atau orang yang engkau harapkan nasihatnya.

10. Kecerdasan dan kecerdikan serta berhati-hati dari kesalahan. Termasuk kesalahan adalah: Seorang isteri menceritakan dan menggambarkan kecantikan sebahagian wanita yang dikenalnya kepada suaminya. Padahal Rasulullah telah melarang perkara itu dalam sabdanya :"Janganlah seorang wanita bergaul dengan wanita lain lalu mensifatkan wanita itu kepada suaminya sehingga seakan-akan suaminya melihatnya" HR. Bukhary dalam An-Nikah
"Kaum lelaki itu adalah pemimpin bagi kaum wanita, oleh kerana Allah telah melebihkan sebahagian mereka (lelaki) atas sebahagian yang lain (wanita), dan kerana mereka (lelaki) telah menafkahkan sebahagian dari harta mereka. Sebab itu maka wanita yang sholeha, ialah yang taat kepada Allah lagi memelihara diri ketika suaminya tidak ada, oleh kerana Allah telah memelihara (mereka)...." Q. S. An Nissa 4.34
---------------------------------------------------------------------- "Cahaya di atas cahaya (berlapis-lapis), Allah membimbing kepada cahaya-Nya siapa yang Dia kehendaki, dan Allah memperbuat perumpamaan perumpamaan bagi manusia, dan Allah Maha Mengetahui segala sesuatu" Q. S. An Nuur 24:35
"Wahai Rasulullah, katakanlah kepadaku satu ungkapan tentang Islam, yang saya tidak memintanya kepada sesiapapun kecuali kepadamu."
Rasulullah saw bersabda, "Katakanlah, 'Aku beriman kepada Allah,' kemudian Istiqamahlah." H. R. Muslim

MARI MUHASABAH DIRI

 Assalamualaikum & Welcome to visited my blog :) 
WANITA & CINTA

Cinta adalah perasaaan yang dicampakkan oleh Allah s.w.t ke dalam hati semua manusia. Semua manusia samada tua atau remaja, kaya atau miskin, mulia atau hina pasti mempunyai perasaan untuk dicintai dan mencintai. Daripada cinta akan membenihkan perkahwinan dan seterusnya akan berkembang subur sehingga melahirkan satu masyarakat. Kekecewaan, kegembiraan, perpisahan, perkahwinan dan kematian sering dikaitkan dengan cinta. Sesungguhnya cinta adalah satu perasaan yang kadangkala hadir tanpa diundang. Tapi apa yang sering terjadi, cinta sering disempitkan konsep dan perspektifnya. Rabiatul Adawiyah tenggelam dalam mahabbahnya yang dalam kepada Allah.
Hamzah Fansuri,seorang tokoh Islam dari Acheh, juga ditenggelamkan oleh tasawwuf falsafah yang berlandaskan kepada teori Wahdatul Wujud yang dibawa oleh Ibn 'Arabi. Ini juga cinta.
Cinta Rasulullah kepada Siti Khadijah r.a tidak sama seperti cintanya kepada Aisyah r.a.Siti Khadijah adalah lambang pengorbanan dan kesetiaan yang luhur. Abu Sufian menyatakan Tidak aku jumpai seorang yang lebih mencintai seorang manusia selain Rasulullah. Fudhail bin Iyadh, yang asalnya merupakan seorang perompak, sanggup memanjat tembok yang tinggi demi kerana cintanya kepada kekaih beliau seorang jariah.Namun nun di tembok itu, beliau telah menemui HIDAYAH.
Nur Aisyah Bukhari, seorang gadis bertudung dari Johor sanggup meninggalkan agamanya kerana cinta. Begitu juga Hartina Kamaruddin sanggup meminggirkan hubungan kekeluargaan dan agama. Juga kerana cinta, Mansor Adabi akhirnya mati akibat menanggung kesengsaraan setelah Natrah meninggalkan Singapura dan murtad. Dr Burhanuddin al Helmi sanggup mengorbankan cinta dan perkahwinannya, memberikan kata dua kepada isterinya samada ingin terus menetap di Singapura atau mengikutnya ke Tanah Melayu apabila belia diamanahkan sebagai Yang Di Pertua Agong PAS.
Jangan kerana cinta kita gugur.Jangan kerana cinta prinsip akan menjadi larutcair. Cinta tidak semesti akan berakhir dengan perkahwinan dan perkahwinan juga tidak semestinya akan menoktahkan titik akhir kepada percintaan.Kesetiaan akan mengikat cinta.Kecurangan akan meranapkan cinta. Sebuah perkahwinan akan menjadi indah jika cinta terus dikekalkan.
Kadang ketika cinta juga akan dikaitkan dengan perpisahan. Cinta kepada Allah, insan akan mengharapkan perpisahan.Mengapa ? Tidak lain hanyalah kerana ingin berjumpa cinta yang hakiki. Cinta yang kekal. Cinta yang agong. Cinta kepada makhluk , akan menggontaikan perasaan dan memumurkan impian serta harapan. Perpisahan dengan perjuangan juga hebat. Lebih meranapkan jiwa. Bagaimana kita sanggup berehat, berhenti apatahlagi berpisah terus dari perjuangan sedangkan jiwa ummah hangat membakar perasaan. Perpisahan akan menjadi mulia dan manis jika perjuangan disusuri dengan keikhlasan dan penuh kecintaan kepada dasar dan prinsip perjuangan.
Perpisahan malah akan menjadi manis jika ia dibina dari kerikil ?kerikil cinta nan halus lalu berhimpun menjadi gerak kerja yang menguntungkan perjuangan Islam. Cinta sesama manusia yanan dengan perjuangan juga hebat. Lebih meranapkan jiwa. Mereka berakhlak dengan akhlak Allah, beradab dengan adab Allah serta berada dalam pangkuan dan ribaan ajaranNya.
Mereka hidup dalam memperingati dan bermunajat kepadaNya. Menurut Profesor Madya Sulaiman Yasin, bagi menghasilkan cinta, penekanan mestilah diberikan kepda Tajribiyah Sufiyyah yang memusatkan perhatian kepada Tasfiyatul Qalb atau Tazkiyatul Nafs.
Bagaimana kita mahu meningkatkan cinta kepada Allah dari peringkat cinta taa'bud kepada cinta al mahabbah. Sebelum kita bermujahadah, hendaklah diketahui alamat ?alamat cinta kepada Allah. Menurut Ustaz Abdullah az Zubair Abdul Rahman dalam kitabnya Durus fi Tazkiyatul Nafs, alamat cinta kepada Allah ialah

1. Merindui pertemuan denganNya
2. Banyak mengingatiNya
3. Tunduk kepada perintahNya
4. Penerimaan total kepada kalamNya
5. Cinta kepada apa yang dicintai oleh Allah

Wahai muslimah mukminan solehah, Takhalikan (kosongkan) dirimu dari terjerumus ke lembah maksiat, sikap bermain-main dengan perjuangan. Tahallikan (hiasi) dirimu dengan sifat sebenar sebagai seorang wanita yang hidup dengan perjuangan, pengorbanan, jihad, kefahaman dan syahid.Sedarlah.....hanya jiwa yang suci boleh menerima cinta ilahi. Hati yang diselaputi dosa akan menghalang sirna cinta kerana hati yang keras adalah bermula dari dosa yang banyak. Mungkin kalian bertanya, bagaimana untuk cinta kepada perjuangan dan islam.Sebagai petunjuk dhaif dari penulis, orang yang baru menyelusuri jalan da'wah yang panjang ini.

 Kalian mestilah:
1. Memahami hakikat dan tuntutan sebagai seorang muslimah harakiyyah
2. Tunduk dan patuh kepada dasar serta prinsip perjuangan
3. Merelakan diri ditarbiyyah
4. Mendahulukan perjuangan dan mengenepikan kepentingan peribadi walaupun terpaksa mengorbankan perasaan, cinta, tenaga dan nyawa
5. Menjauhkan diri dari terjebak ke dalam fitnah. Malah adalah satu DOSA jika kerana kita Islam dan perjuangan difitnah.

Ramai manusia sanggup menghambakan diri sesama manusia, tunduk kepada perintah manusia tapi teramat payah untuk mencari seorang wanita-hamba ('abd) yang sanggup memperhambakan dirinya kepada islam dan perjuangan.
Penulis bukan bermaksud agar para wanita terutamanya golongan terpelajar menyumbangkan diri sepenuh masa tapi apa yang dimaksudkan adalah menyumbangkan secebir dari masa yang ada untuk memikirkan mengenai ummah dan permasalahan meraka supaya nilai keintelektualan serta kehadiran mereka dapat dirasai oleh masyarakat dan tidak menjadi unsur yang terasing dan terpinggir.
Dr. Yusof al Qardhawi dalam bukunya Jil an Nasri al Mansyud berkata " Yang diharapkan dari seorang wanita ialah menjadi seorang ibu yang menggalakan anaknya untuk syahid, seorang isteri yang meransang suaminya untuk berjihad, dan melakukan perngorbanan, seorang mukminah yang mewaqafkan diri dan usahanya untuk jalan Allah dan seorang wanita alim yang menghafaz al Quran dan Hadis serta melaksanakan apa yang dipelajari untuk Amr Ma'ruf Nahyu Munkar.
Wahai wanita! Dr Mustaffa as Siba'I menyatakan dalam bukunya Hakaza 'Allamatni al Hayat "Jika kamu mahukan kegembiraan dalam kehidupan maka jagailah kesihatanmu. Jika kamu mahukan kebahagiaan di dunia maka jagailah akhlakmu. Jika kamu mahu keberkekalan dalam kehidupan maka jagailah aqalmu. Dan sekiranya kamu dambakan semua ini maka jagailah AGAMAMU.
Wahai hamba yang bernama wanita??.sudah ramai yang terbabas kerana cinta.Kerana cinta manusia sanggup merempuh segala batasan ?batasan agama. Budaya keseronokan, kemewahan, kegembiraan yang melampau dan cinta kepada budaya hedonistic barat telah mengalpakan umat islam.
Sedarkah kamu wahai para wanita?rentak yang kamu langkahi sekarang ini adalah sebenarnya penuh dengan pengait-pengait. Benarlah sabdaan Rasulullah " Sesungguhnya dunia akan diberikan kepada orang yang Dia cintai atau tidak. Tapi agama (Ad Deen) hanya akan diberikan kepada orang Dia Cintai". Lihat, betapa ramai beragama tapi agama itu tersudut dari kehidupan mereka. Berapa ramai yang bergelar Huffazul Quran tapi Al Quran itu tidak menembusi ke dalam dada-dada meraka, hanya sekadar terlekat dihalkum mereka.
Sebenarnya apa yang dipelajari hanyalah untuk melepasi peperiksaan universiti bukan untuk melepasi kemurkaan Allah. Yang menjadi matlamat adalah ijazah bukan mardhatillah (keredhaan Allah). Inilah sebenarnya gambaran intelektual akhir zaman yang dilanda oleh penyakit Hubbu Dunia wa Karahiyatul Maut! Cintakan Dunia! Takutkan Kematian. Sesungguhnya cinta kepada dunia telah menyebabkan aqal menjadi raja dan sumber samawi menjadi hamba.
Wahai wanita yang juga diturunkan al Quran kepadamu?. kalian pasti tidak sanggup meninggalkan apa yang kalian suka walaupun kalian tahu daerah yang kalian diami itu penuh dengan lelumpur, pekathanyir, busuk dan memualkan. Walhal, kalian juga tahu nun di sana ada padang yang penuh kehijauan, dengan udara yang penuh kesegaran dan sungai yang mengalir penuh kedamaian. Tapi.
Rasulullah s.a.w bersabda,
 Akan datang satu zaman, dimana umatku akan

1. Cinta kepada kehidupan lupa kepada kematian
2. Cinta kepada mahligai lupa kepada kubur
3. Cinta kepada harta lupa kepada hisab
4. Cinta kepada dunia lupa kepada akhirat
5. Cinta kepada makhluq lupa kepada Khaliq

As Syahid Sayyid Qutb, seorang penulis yang menyemarakkan semangat jihad dan perjuangan selepas kematian As Syahid Hassan al Banna pada 1948, sanggup membatalkan pertunangan yang sudah terjalin dengan seorang gadis Kaherah apabila mengetahui bahawa si gadis pernah mencintai seorang lelaki sebelumnya. As Syahid mahukan cinta yang suci dan kudus.
Cinta dari seorang wanita yang 'azaraul jasad wal qalb (dara jasad dan hati). Cintanya tidak kesampaian. Namun beliau telah memperolehi cinta yang hakiki. Sanggup gugur syahid demi membuktikan cinta beliau kepada jihad perjuangan. Malah kesyahidan beliau adalah merealisasikan tuntutan cinta yang sebenarnya. Allahu akbar !!!!

Anas r.a berkata sesungguhnya Rasulullah s.a.w bersabda Tiga golongan manusia yang akan mendapat halawatul Iman ( Kemanisan Iman )
1. Golongan yang mencintai Allah dan RasulNya lebih dari segalanya
2. Golongan yang tidak mencintai seseorang melainkan hanya kerana Allah
3. Golongan yang membenci untuk kembali kepada ke kufuran sebagaimana beliau benci untuk dilemparkan ke dalam neraka.

Bukhari Berkorban apa saja harta ataupun nyawa? itulah kasih mesra??..sejati dan mulia?. Begitulah mendayunya lirik, itulah rintihan yang sering bertamu dalam hati dua insan yang sedang bercinta. Kala bercinta, hati hanya dibukakan kepada orang yang dicintai sahaja. Bila gelombang cinta berombak dengan besar, biar apa yang orang kata dan biar apa yang dilakukan bercanggah dengan syariah ilahiyyah serta adat, cinta tetap didahulukan.
Begitu kekuasan cinta?. Bukit sanggup didaki, lautan sanggup direnangi agar memperolehi apa yang dihajati. Percayakah kalian, walaupun sudah berkahwin, cinta masih boleh merungkaikan dan meleraikan ikatan perkahwinan yang telah dibina. Budaya kecurangan selepas perkahwinan yang berleluasa di kalangan masyarakat barat sekrang telah menular dengan deras dalam masyarakat Islam.
Walaupun setelah berkahwin, setelah aqad dilafazkan, kadangkala manusia tidak mampu menghapus kenangan lama, kenangan bersama insan yang gagal dinikahi. Kenangan cinta itu akan tetap diabadikan dan disematkan didalam hati sebagai sebuah nostalgia yang tidak mudah terhakis dan terhapus. Bila jiwa bergelora, kala kesunyian, kenangan silam akan bertandang menjengok. "
Kau boleh menjamah sekujur tubuhku ini tapi hati dan cintaku telah ku berikan pada si dia". Inilah kekuatan cinta. Kerana kita adalah hamba yang punya sejuta kelemahan dan kenaifan maka kita tidak boleh membohongi realiti. Tapi realiti harus tahu bahawa ia harus tunduk kepada kuasa Tuhan.
Penulis pernah berjumpa dengan seorang perempuan yang sanggup mengorbankan cinta dan perkahwinanannya kerana suaminya tidak boleh menerima perjuangan yang beliau dokongi walaupun sudah sekian lama hidup bersama.
Satu persoalan yang penulis ingin lontarkan di artikel ini, bagaimanakah kita memperolehi cinta ini? Adakah sekadar menagih cinta murahan dari instrumen yang majaz? Cinta dari halaman chatting menyentap ramai intelektual wanita.
Wajar atau tidak dari segi hukum hakam agama, penulis tidak akan bahaskan dalam artikel ini. Insya Allah, perkara ini penulis akan cuba kupas dalam siri ?siri yang akan datang.
Penulis ingin mengimbau kembali ingatan pembaca kepada artikel penulis ' SATU RENUNGAN UNTUK MUSLIMAT PAS IPT'. Penulis ingin jelaskan, artikel yang ditulis adalah berdasarkan kepada pengalaman tiga bulan penulis. Setelah penulis mendapat tahu mengenai 'muslimah harakiyyah chatters' yang berpusu-pusu membanjiri dan melayari chatting maka penulis make a hard and quick decision to deeply explore this particular illness. Hasilnya sungguhnya memberansangkan dan mengecewakan. Tapi segelintir manusia tidak sanggup menerima kenyataan. Bagi mereka artikel itu adalah seumpama dentuman guruh yang menyakitkan telinga. Penulis tidak nafikan chatting sebagai salah satu mekanisme dakwah. Tapi dakwah ada rukun - rukun yang mesti diikuti. Akhlak dai'yah mestilah dijagai.
Dr. Yusof al Qardhawi pernah menyatakan ketika beliau ditanya oleh seorang perempuan 'apakah hukum seorang perempuan yang sudah bersuami tapi masih menyintai lelaki yang lain'. Lantas jawab beliau, cinta ada dua. Cinta halal dan cinta haram. Cinta halal adalah cinta kepada suami dan cinta haram adalah cinta kepada yang lain.

Proses cinta ini secara semulajadinya bermula dari lima peringkat :
1. Tengok ( Watching )
2. Senyum ( Smiling )
3. Salam ?Hai, assalamualaikum ( Greeting )
4. Bercakap ( Talking )
5. Membuat temu janji ( Making a Date )
6. Berjumpa ( Meeting )

Wahai wanita yang serapuh kaca hatinya Sebenarnya secara fitrah samada kafir atau beriman, walau apa pun jenis ideologi yang dianuti, manusia tetap mempunyai perasaan cinta. Cinta kepada Rabb. Se Zalim Firaun pun masih tetap mengakui kewujudan Tuhan. Si komunis Lenin pun masih tetap mempercayai adanya Tuhan.
Sedarilah wahai muslimah yang akan berjuang. lakukan instropection (muhasabah ) tehadap sikap kalian sebagai wanita gerakan islam. Ingatlah..kalian tidak boleh lari dari Ar Raqabah al Ilahiyyah ( God's Surveillance ).
Sebelum penulis mengakhiri artikel yang dhaif ini, hayatilah sajak yang penulis nukilkan kepada wanita bercinta yang berada di dalam perjuangan
Muslimah mujahidah rabbaniyyah
Cinta kepada bunga bunga akan layu
Cinta kepada kumbang kumbang akan melarikan diri
Cinta kepada insan insan akan menghancurkan hati anda,
Maka,
Cintailah Allah,
KepadaNya cinta yang hakiki,
Sebelum kau mencintai makhluq cintailah Khaliqmu,
Wahai muslimah mujahidah,
Kala sepi keseorangan,
Perasaan mesti bergelora,
Kerinduan hangat membara,
Mengapakah; Aku ingin bertanya
TIDAK kau gunakan rindu dan sepi ini,
Untuk,
Tafakkur,
Muhasabah,
Insaf,
Bahawa kau adalah muslimah yang berjuang!!
copy & pasteOrg yg b'fikiran besar byk m'perkatakan ilmu,Org yg b'fikiran sederhana byk m'perkatakan peristiwa,Org yg b'fikiran rendah byk m'perkatakan diri sdri.

Thursday, 26 November 2015

KURSUS 2014

KURSUS SAMBIL MELAWAT D' TAMAN NEGARA JOHOR TANJUNG PIA & CAPE HOLIDAY SDN BHD SERKAT KUKUP 82030 PONTIAN JOHOR DARUL TAKZIM =)

I have many friendz that i love so much ! hehehe >.<

Wednesday, 21 October 2015

Assalamualaikum w.b.t_ n_n Ollalaa ! Braces Appointment 1st

Today i wanna share some of my part story about that i m using braces for me to make a kinda fine and comfortable in social life specially like me that i m so happy ever because my teeth become so shinee white !!! and the bestg thing! is.. my teeth had change... huhuhu speaking LONDON uoLLs... hehe

Now Qiqi will become a confidences person to speak English Language and Chinese Language to everyone...hahaha XD
Uuolzz, setelah 2 Hari Cuti nii oleh kerana bencana Jerebu melandai negara kita..tempias dek dari negara jiran kita..Qiqi bersyukur sangat masih lagi diberi peluang melakukan kerja-kerja dipejabat. hehe,.. bila selesai dipejabat Qiqi akan menguruskan iCt untuk dpantau selain itu mencari jalan tuk menyelesaikan iaa.. Qiqi cuba sedaya upaya dalam menjalankan tugas diberi dan menjayakannya bersama guru...heheh.. Alhamdulillah setakat ini berjalan dengan lancar dan memadai..Qiqi ucapkan terima kasih kepada orang yang hadir dalam hidup Qiqi ..Qiqi rasa..qiqi orang yang paling beruntung memiliki si dia...oUpss! itu saja..ehehe yEsterday (17/10/?) is my birthday Datee~ my birthday celebrate dengan si dia bawa Qiqi mAm Nando's .. Thanks Bae so spicy..! hehee memang saya xkan lupakan,..sebab Qiqi tidak la mampu makan semahal-mahal kita' itu.. huhu



Hari pemasangan Braces choose Pinky



Selepas sebulan memakai braces dah boleh nampak perubahan tauuu 



gambar happy angat2..sebab pergerakan gigi memuaskan sangat2 huhu
Syukur Alhamdulillahhh <3



After turqoise ... Soft Purple - dark purple :)





ALHAMDULILLAH ...rezeki murah Amiin .

Sunday, 13 September 2015

ASSALAMUALAIKUM,, Laman Si Gadis Besi ~_^

ASSALAMUALAIKUM ^_^

 Hari ini merupakan hari pertama buat saya bergelar SI GADIS BESI ..




ni yang RM47







Kos :: 

Acuan : RM50
X-Ray : RM100
Cabut gigi 4batang : RM200



Hari pemasangan Braces :) eXited campur cLumsy Girl !_! hahaha xD



Appoinment : 9.30 Pagi
Hari              : ISNIN
Bertarikh      : 14/09/2015
Deposit         ; 1K
Penjagaan     : RM47
Deposit         : 1K

21/9/2015




arrive to Putrajaya 











Klinik Pergigian Impian
No 47-A, Tingkat 1,
Jln PMS 1, Plaza Melaka Sentral,
75400, Melaka
06-282 6653

Waktu Rawatan:
Isnin hingga Khamis : 9.30 pagi - 6.00 petang
Jumaat                 : Tutup
Sabtu                   : 9.30 pagi - 6.00 petang
Ahad                    : 9.30 pagi - 5 petang
Rehat                    : 1.00 - 2.00 petang

sakit siket
sakitt..dalam seminggu amat dasyat sampai tegang urat demam Qiqi.. Haha XD
semoga ia dpermudahkan ... Amiin .
semoga qiqi dapat menggunakan dengan betul dan jaga dengan baik. hehe

Qiqi sejak menggunakan BRACES perasaan ..
terasa seperti memakai barang yang sangat termahal dalam hidup Qiqi ...but Whyy???
When i ask myself ...i hav the answer...this is because cost for it is 4K(rm4000.00)... okay tidak termasuk cost cabut gigi, module casting, x-ray... heum.. bila Qiqi total UP = RM4400.00 .
memang Mahal-2 Kita' kann.. huuu... perliharalah diri ini dari yang tidak sepatutnya.
Amiin..amiin.

after one month ada Appointment with the doktor..rasa lama lagii umm ...xsabar ni nak tukar..tapi Qiqi xtahu nak tukar warna apa rubber bands after onemonths niyyy hahaha XD
xrety sabar ni lah orangnyaa haha :)
kite tnggu lagi 20 Hari ...next Qiqi akan update rubber bands baru huhuhu :)
Assalamualaikum friends.


Wednesday, 19 August 2015

Mari Belajar :)

DOA SEBELUM MULAKAN KERJA / PERNIAGAAN

"Ya Allah, sesungguhnya aku memohon kepada Engkau kebaikan hari ini, kemenangan-Nya, pertolongan-Nya, cahaya-Nya, Keberkatan-Nya dan petunjuk-Nya. Dan aku memohon perlindungan kepada Engkau dari kejahatan sesuatu yang ada di dalamnya dan kejahatan sesuatu sesudahnya" AMIIN

DOA MOHON KEMUDAHAN DALAM SEGALA URUSAN 

"RABBI YASSIR WALA TU'ASSIR,
RABBI TAMMIM BIL KHOIR"

"Ya Allah! Permudahkan lah segala urusan, jangan lah Engkau persulitkannya, sempurnakan lah dengan kebaikan.."
AMIIN... 

cenyum selalu ;)